KasehKu merupakan sebuah program yang menghadirkan sesuatu yang indah buat anak-anak Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, Sungai Buloh.
Yang baik itu datangnya dari Allah, dan kekurangan itu datangnya dari diri kami sendiri – Members of KasehKu

KasehKu merupakan program jalinan masyrakat jabatan kejuruteraan awam Universiti Malaya. KasehKu merupakan program menyantuni anak yatim dalam usaha untuk mengeratkan silaturrahim antara siswa/siswi bersama masyarakat dan menyelami kehidupan mereka.
KasehKu merupakan sebuah program yang menghadirkan sesuatu yang indah buat anak-anak Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, Sungai Buloh.
Yang baik itu datangnya dari Allah, dan kekurangan itu datangnya dari diri kami sendiri – Members of KasehKu

Sesi Perjumpaan:
KasehKu merupakan sebuah program berdasarkan subjek Jalinan Masyarakat di bawah Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya. Jalinan Masyarakat dapat mewujudkan daya saing yang tinggi di antara kumpulan-kumpulan yang lain untuk mendedahkan diri mereka kepada masyarakat di luar sana. Aktiviti yang dapat meningkat keyakinan diri dalam melakukan kebajikan dan kehormatan terhadap masyarakat seperti anak-anak yatim dan lain-lain.
Bermula kisah perjalanan program ini dengan pre-lawatan ke Rumah Kasih Harmoni di Sungai Buloh pada 28 Mac 2019 bersamaan Khamis. Perjalanan mengambil masa 30 minit dari Universiti Malaya. Mula bertolak pada jam 9.00 pagi dan tiba pada jam 9.30 pagi. Seramai 5 orang pelajar dari 10 orang kumpulan ini melawati Rumah Kasih Harmoni.
Setelah tiba di sana, kami membuat penyelidikan di setiap kawasan untuk mengenalpasti kedudukan bangunan bangunan seperti dewan, perpustakaan, dewan makan, asrama lelaki dan perempuan dan juga surau. Berikut adalah gambaran kawasan di sana.










Selesai mengenalpasti kedudukan bangunan, kami mula mengambil beberapa masalah yang pihak Rumah Kasih Harmoni hadapi. Antara masalah yang mereka hadapi ialah banjir. Banjir seringkali melanda kawasan Rumah Kasih Harmoni menyebabkan beberapa bangunan rosak sebagai contoh surau. Surau bahagian perempuan seringkali di masuki air banjir. Hal ini menyebabkan karpet surau mereka rosak. Kami mengambil inisiatif untuk menyediakan penambahbaikan ke atas surau mereka terutama di bahagian perempuan. Tingkap juga tidak mempunyai langsir yang secukupnya di surau bahagian perempuan. Hal ini juga kami akan mengambil langkah yang sesuai untuk kebaikan masa hadapan.
Kawasan Rumah Kasih Harmoni sememangnya bersih. Asrama dan dewan juga dikemasrapi setiap kali selepas digunakan. Setiap hari, mengikut jadual penghuni Rumah Kasih Harmoni, akan ada gotong-royong pada waktu petang untuk menjaga kebersihan kerana kebersihan sebahagian daripada iman.


Kami juga berbincang dengan pengetua Rumah Kasih Harmoni untuk menanyakan beberapa hal yang hendak dikemukakan pada hari program nanti.
Setelah selesai, kami pulang ke Universiti Malaya pada jam 1.15 petang dan seterusnya tiba di Universiti Malaya pada jam 1.50 petang.
Aktiviti Ice-Breaking





Aktiviti Simbiosis dan Figure It Out



Explorace






Aktiviti Construct It




























Program ini sememangnya amat bermakna buat Kumpulan Barakah. Oleh itu, Barakah telah membuat video untuk kenang-kenangan bersama anak-anak Rumah Kasihi Harmoni. Berikut adalah link videonya:
Assalamualikum dan salam sejahtera kepada pelawat ke blog KasehKu by Barakah.. Kumpulan kami iaitu kumpulan Barakah telah mengadakan program jalinan masyarakat pada 6 – 7 April 2019 yang lepas. Dibawah ini adalah video testimoni dari ahli kumpulan kami dan Rumah Kasih Harmoni
Berikut pula adalah refleksi dari ahli kumpulan Barakah :

Fasa perancangan
Pada fasa perancangan, kumpulan kami ditubuhkan pada 19 febuari 2019 yang terdiri daripada 10 orang ahli kumpulan. Hasil daripada perbincangan, kami telah bersetuju menamakan kumpulan kami sebagai Barakah (بركة) yang bermaksud nikmat. Hasil perbincangan lanjut, kami juga memutuskan untuk menamakan program kami sebagai KasehKu dan menyasarkan anak-anak yatim dan golongan asnaf sebagai sasaran kami. Kami bersependapat bahawa golongan in perlu diberi perhatian khusus untuk memastikan mereka tidak tersisih dalam masyarakat pada hari ini. Pada mulanya, kami bercadang untuk mengadakan untuk mengadakan program kami di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/ Miskin Rukaiyah, Sungai Merab. Namun, setelah perbincangan dilakukan dengan pihak pengurusan Pusat Jagaan tersebut, kami tidak dapat megadakan program kami di sana atas kekangan waktu kerana Tarikh yang di usulkan oleh kami tidak mempunyai kekosongan bagi pihak mereka iaitu pada 5-7 April. Pihak pengurursan juga sedikit lambat dalam memberi kata putus mengenai penerimaan program kami dan menyukarkan kami untuk mencari rumah anak yatim yang lain.
Namun, perkara tersebut tidak mematahkan semangat kami.Setelah mengadakan perbincangan dan pencarian bersama ahli kumpulan yang lain, kami berjaya mendapatkan Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni Paya Jaras, Sungai Buloh sebagai lokasi program jalinan masyarakat kami. Ironinya, nama rumah anak yatim tersebut hamper mirip dengan nama program kami menjadikan program ini lebih menarik. Setelah mendapat persetujuan daripada pihak sana, kami telah mengadakan lawatan ke rumah anak-anak yatim itu untuk melihat keadaan persekitaran rumah tersebut dan membicangkan program yang sesuai untuk dilaksanakan di rumah tersebut. Hasil tinjauan kami, rata-rata penghuni di rumah ini didalam lingkungan umur 13-17 tahun. Pihak pengurusan juga meminta pihak kami untuk menganjurkan program yang bersifat motivasi dan merangsang pemikiran anak-anak di sini. Setelah selesai lawatan ke rumah anak yatim tersebut, kami telah merancang beberapa aktiviti dan latihan dalam kumpulan (LDK) yang bersesuain dengan kehendak rumah anak yatim tersebut. Setelah selesai segala persediaan, kami telah mengadakan perjumpaan terakhir bersama Dr. Aishah sebagai pensyarah yang bertanggungjawab menyelia kami. Terdapat pelbagai nasihat yang di berikan oleh Dr. Aishah untuk memastikan program kami berjalan lancar. Daripada fasa perancangan, saya dapat mempelajari pentingnya mempunyai rancangan sandaran jika rancangan pertama gagal. Saya juga mempelajari bahawa pentingya komunikasi dengan pihak luar dan ahli kumpulan yang lain.
Fasa Semasa
Setelah perancangan yang rapi dalam mengadakan program KasehKu, maka tibalah pada hari yang di nantikan, 6 April 2019 iaitu hari pertama program kami. Sebelum kami bertolak daripada Universiti Malaya, kami telah melakukan perssiapan di Kolej Kediaman Kedua untuk memastikan segala kelengkapan yang akan dibawa untuk memastikan program berjalan lancar. Kami bertolak dari Universiti Malaya pada pukul 7.00 pagi dan sampai pada pukul 7.40 pagi. Setibanya kami di sana, kami di sambut oleh pihak pengurusan rumah anak yatim dan anak-anak di rumah tersebut. Selepas itu kami dan anak-anak yatim bersarapan pagi. Pada awalnya, program kami di jadualkan bermula pada pukul 8.30 pagi, namun di sebabkan persiapan anak-anak di rumah itu sedikit lambat menjadikan program kami sedikit tertangguh. Rancangan asal aktiviti kami juga sedikit tergendala kerana terdapat sebahagian anak-anak yang mendapata makluman saat akhir mengenai kelas tambahan. Hal ini menyukarkan kami kerana aktiviti kami lebih berorientasikan akademik dan hala tuju serta motivasi. Kami terpaksa menyesuaikan aktiviti kami dengan anak-anak yang lebih kecil. Pada permulaan program kami, anak-anak di sini masih boleh di kawal tetapi setalah beberapa seketika, anak-anak di sinni mula sukar dikawal. Hal ini kerana aktiviti yang kami lakukan tidak dapat difahami oleh anak-anak di sini atas faktor umur. Oleh itu, kami terpaksa beradaptasi dalam menyesuaikan tahap aktiviti kami. Pada sebelah petang pula, kami mengadakan aktiviti explorace. Kami dapati melalui permerhatian kami, anak-anak disini lebih minat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang bersifat riadah. Mereka juga gemar aktiviti yang merangsang kreativiti mereka. Perkara ini dapat di lihat apabila ketika aktiviti “construct it”. Mereka sangat bersemangat dalam melakukan aktiviti ini. Mereka juga sering mencari masa peluang untuk bercerita mengenai hidup dan masalah mereka.
Dalam fasa pelaksanaan, saya dapat mempelajari cara untuk mengawal jumlah peserta yang ramai. Hal ini kerana, pada asalnya saya adalah seorang yang pendiam dan sukar untuk memberi arahan. Saya juga dapat mempelajari cara untuk bekerjasama dalam kumpulan denagan lebih efektik. Hal ini demikian, saya sedikit kekok ketika bekerjasama dengan ahli kumpulan yang berlainan jantina. Saya juga mempelajari cara untuk mengetuai sesuatu program kerana saya telah di beri tanggungjawab menjadi ketua kumpulan atau pengarah. Melalui ini, saya mempelajari pentingnya tanggungjawab dan amanat. Allah S.W.T ada berfirman dalam surah Al -Anfal ayat 27 yang bermaksud: ‘Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui’.Melalui ayat ini jelaslah pentingnya kita menjaga amanat yang diberikan walaupun sekecil-kecil mana pun amanat tersebut.
Fasa Selepas
Kesimpulannya, program KasehKu telah berjalan dengan jayanya walaupun terdapat beberapa cabaran ketika melakukannya. Walaupun berdepan dengan beberapa halangan dan cabaran, kami tetap teguh menghadapi secara berkumpulan. Setelah program ini selesai, saya mempelajari bahawa terdapat lebih banyak lagi insan di luar sana yang kurang bernasib baik yang perlu di bantu. Saya juga mempelajari pentingnya erti syukur dalam kehidupan seharian. Program ini juga menimbulkan keinsafan dalam diri ini mengenai kelemahan diri ini dan banyak lagi yang perlu diperbaiki untuk menjadi insan yang lebih berguna pada agama, bangsa dan negara. Saya juga berharap program seperti KasehKu dapat dianjurkan sekali lagi di Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, Sg. Buloh, Selangor.

Fasa Perancangan
Semasa dalam fasa perancangan, kami berhasrat untuk berganding bahu bersama kumpulan Daniel kerana kami beranggapan bahawa tenaga kerja dalam kumpulan kami tidak mencukupi. Namun selepas mendapatkan nasihat serta teguran daripada penasihat kami iaitu Dr. AIshah Binti Abu Bakar, kami terpaksa berpecah dengan kumpulan tersebut. Pada awal perancangan program kami, terdapat pelbagai idea yang telah diberikan daripada ahli kumpulan kami seperti mengadakan program di sekolah,rumah anak-anak yatim, rumah orang tua dan rumah orang kelainan upaya. Atas beberapa faktor yang tertentu, kami memilih untuk mengadakan program di rumah anak-anak yatim.
Terdapat pelbagai kemelut yang timbul
semasa kami hendak memilih lokasi untuk program kami seperti komitmen yang
berbeza-beza dalam kalangan ahli kumpulan. Dalam kumpulan kami terdapat
beberapa ahli yang mempunyai komitmen daripada projek lain seperti projek kolej
dan fakulti. Oleh yang demikian, kumpulan kami mempunyai kesulitan untuk
mencari tarikh dan lokasi yang tetap. Namun masalah ini dapat diselesaikan di
mana kami telah mendapat persetujuan daripada semua ahli kumpulan untuk
mengadakan program pada tarikh 6 & 7 Mac 2019. Untuk pencarian lokasi untuk
mengadakan program, kami hanya mensasarkan untuk mancari lokasi di sekitar
Lambah Klang dan Selangor bagi memudahkan perjalanan kami ke sana. Selepas
menghubungi beberapa rumah anak-anak yatim yang sudi menerima kunjungan kami
untuk mengadakan program ini. Di sini kami belajar cara bertoleransi sesama
ahli kumpulan dan untuk berkomunikasi dengan pihak luar untuk menjayakan
program kami.
Selepas kami bersetuju untuk mengadakan program pada hari tersebut, kami terus mengadakan lawatan persediaan ke Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Sungai Buloh dalam masa yang terdekat.Selepas itu, kami mula mengatur “master plan” untuk program kami. Di sana kami cuma sempat berinteraksi dengan kerani di rumah anak yatim tersebut dan tidak berpeluang untuk berjumpa dengan anak-anak yatim tersebut. Mereka menyatakan hasrat agar program kami ini berkonsepkan motivasi untuk masa depan anak-anak yatim di rumah tersebut. Selepas kami sudah merancang beberapa aktiviti yang bersesuaian untuk mereka, kami telah mengadakan “pilot test” bagi kesemua aktiviti tersebut agar kesemua fasilitator yang terlibat cakna dan peka tentang cara pelaksanaan aktiviti tersebut.
Fasa Semasa
Semasa hari kejadian iaitu pada 6 Mac
2019, kami tidak mempunyai apa-apa masalah mengenai kenderaan untuk ke rumah
anak yatim tersebut. Sebanyak dua buah kenderaan produk Perodua digunakan untuk
mengangkut seramai 10 orang ahli kumpulan kami serta barang-barang keperluan di
sana. Kami tiba di Rumah Kasih Harmoni pada jam 8 pagi. Anak-anak di rumah
tersebut masih belum bersiap sedia dan penjaga di sana masih mengerahkan
anak-anak yang lain untuk lekas turun. Situasi ini mengingatkan saya semasa
saya masih di sekolah berasrama penuh di mana warden menyerbu ke dalam asrama
kami untuk memastikan asrama kosong tepat pada waktunya. Kami dimaklumkan pada
awalnya seramai 70 orang kanak-kanak berumur 13-17 tahun yang akan mengikuti
program kami, namun yang demikian, kehadiran anak-anak tersebut cuma dalam
lingkungan 30 orang.
Bermula dari sini kami menyedari bahawa program yang kami rancang tidak akan sama dengan apa yang bakal berlaku. Kami mengambil tindakan untuk meneruskan sahaja program dengan jumlah yang ada di samping menyediakan perancangan tambahan untuk masalah ini. Saya ditugaskan untuk menjadi “moderator” untuk memulakan aktiviti bersama adik-adik di sana. Saya cuba untuk merapatkan jarak antara kami dengan adik-adik tersebut dengan menggelarkan diri kami sebagai kakak dan abang. Pada awalnya keadaan masih terkawal walaupun terdapat segelintir adik-adik di sana yang kami lihat tidak berkeinginan untuk bersama kami. Namun bila ditanya secara dengan lebih dekat, mereka ada masalah yang kami rasakan tidak logik untuk kanak-kanak yang telah berumur 13 tahun iaitu buta huruf.
Namun selepas Latihan Dalam Kumpulan 2 (LDK2), kami mula menyedari bahawa adik-adik tersebut sudah mula hilang fokus dan kurang terkawal. Saya beranggapan bahawa kita perlu sentiasa bercakap dengan lembut dengan adik-adik di sana, namun anggapan saya itu salah. Saya belajar bahawa tidak semua benda dapat diselesaikan dengan cara lembut. Kemudian saya dibantu oleh ahli-ahli fasilitator yang lain untuk mengawal adik-adik tersebut, namun dengan sedikit ketegasan. Saya dapat lihat bahawa anak-anak di sana agak bosan semasa hujung minggu mereka, jadi kami meluangkan masa dengan mereka untuk menayangkan video dan berbual dengan mereka semasa waktu rehat.
Keesokannya harinya, ketibaan kami ke rumah tersebut disambut mesra dengan adik-adik di sana. Kami teruskan aktiviti kami dengan pembentangan My Dream School di dalam bilik seminar mereka. Kami mendapati mereka kurang keyakinan untuk bercakap di hadapan kerana terdapat segelintir anak-anak yang lain yang cuba menggangu mereka. Fasilitator dari setiap kumpulan bertanggungjawab untuk membantu mereka namun terdapat beberapa kumpulan yang dilihat tidak melakukannya. Keadaan semasa pembentangan itu agak sukar dikawal walaupun penasihat kami, Dr Aishah telah membantu kami untuk mengawal keadaan. Pelbagai cara telah kami lakukan namun keaktifan adik-adik di sana di luar jangkaan kami.
Fasa Selepas
Selepas kami selesai mengadakan program yang telah dirancang, kami meluangkan masa bersama adik-adik di sana untuk sesi beramah mesra dan berkenalan dengan lebih dalam. Dari sini kami dapat mendengar luahan dari anak-anak di sana tentang kehidupan mereka. Saya sedar bahawa mereka tidak mempunyai “telinga” untuk medengar segala luahan hati mereka seperti kanak-kanak yang lain yang masih mempunyai ibu dan ayah. Walaupun kami tidak bertanyakan kepada mereka sebab mereka dihantar ke sana, mereka sendiri yang terbuka hati untuk berkongsi dengan kami seperti seorang anak menceritakan perkara yang dilakukan sepanjang hari kepada kedua ibu bapanya. Tidak semua orang yang dilahirkan dengan keluarga yang baik dan harmoni dan dari situ saya mula tersentak dan mula untuk bersyukur dengan apa yang masih ada sekarang. Kita selalu mengomel dan mengeluh dengan apa yang kita ada namun ada yang tidak dapat merasa nikmat yang ada pada kita. Untuk proses pendokumentasian, oleh kerana kekangan masa kami membahagikan kerja-kerja tersebut sesama ahli kumpulan yang diketuai oleh Ahnaf. Segala informasi telah dimaklumkan olehnya ke dalam kumpulan kami. Semua ahli kumpulan mengambil maklum segala tugas yang telah diberikan dan menyiapkannya pada masa yang telah ditetapkan. Walaupun terdapat beberapa masalah seperti kurang responsif dalam kumpulan, kerja yang telah diberikan masih dapat disiapkan dengan lengkap. Di sini, toleransi antara ahli kumpulan amat diperlukan dan apa-apa masalah yang dihadapi dimaklum terus untuk tindakan lanjut
FASA PERANCANGAN
Dalam fasa perancangan, pada mulanya ahli kumpulan kami telah bersetuju untuk bergabung dengam kumpulan “Iridescents”. Namun begitu, kami telah membatalkan hasrat kami setelah kedua-dua kumpulan memutuskan bahawa sukar untuk mencari program yang memerlukan 20 ahli kumpulan untuk berfungsi sepenuhnya dalam mejayakan program ditambah lagi dengan faktor masa yang singkat dan jumlah dana yang besar jika program yang besar ingin dilakukan. Selepas itu, kami telah bersepakat unyuk memilih rumah anak-anak yatim sebagai program jalinan masyarakat. Kami semua berusaha untuk mencari rumah-rumah anak yatim yang sudi untuk menerima kunjungan kami, namun begitu kebanyakkan rumah anak yatim sudah mempunyai perancangan dalam bulan mac dan april . Walaubagaimanapun, kami berjaya diterima oleh rumah Kasih Harmoni untuk program kami pada 7 APRIL 2019. Sebelum itu, kumpulan kami mengalami kesukaran dalam memiliha tarikh program, hal ini kerana, ramai diantara ahi kumpulan kami mempunyai aktiviti-aktiviti kolej pada hujung minggu. Namun begitu, selepas perbincangan dan bertolak ansur kami bersetuju untuk memilih 7 April sebagai tarikh program kami.
Apa yang saya pelajari daripada pengalaman program kami di fasa perancangan, kami masih kurang pengetahuan tentang objektif jalinan masyarakat ini dan jenis-jenis jalinan masyarakat yang boleh dilakukan seperti kehendak pensyarah dan universiti. Hal ini berlaku kerana, kami tidak bertanya pensyarah untuk memberi keterangan yang secukupnya yang boleh meluaskan lagi skop jalinan masyarakat yang boleh dilaksanakan.
FASA SEMASA
Beberapa ahli kumpulan kami yang diketuai oleh Ahnaf telah pergi ke rumah kasih harmoni untuk lawatan untuk mengetahui keadaan rumah tersebut dan keprluan anak-anak rumah kasih harmoni. Menurut kak Finaz, aktiviti yang digalakkan adalah yang berunsur akedemik dan motivasi. Hal ini kerana, mereka mengangap anak-anak di rumah kasih harmoni masih tidak mempunyai hala tuju kehidupan yang mereka inginkan atau mereka tidak tahu langkah-langkah untuk merialisasikan cita-cita mereka. Oleh itu, kami telah memilih peringkat umur 11- 18 tahun bagi menyertai aktiviti-aktiviti kami jalankan yang berunsur akademik dan motivasi. Beberapa hari sebelum program ke rumah kasih harmoni, kami telah mengadakan perjumpaan bagi melakukan simulsi tentang apa aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dan aturcara program pada hari berkenaan. Pada hari program, kami tiba awal 15 minit ke rumah kasih harmoni bagi melakukan persiapan alatan dan sebagainya, namun begitu, kami dimaklumkan bahawa kebanyakkan anak-anak rumah kasih harmoni yang berumur 12,15 dan 17 mempunyai kelas tambahan dan ad juga yang pergi ke kelas mengaji. Hal ini menyebabkan anak-anak yang hadir kurang daripada daripada perancangan kami. Walaubagaimanapun, pihak rumah kasih harmoni telah mengarahkan anak-anak yang berumur kurang daripada 11 tahun untuk turut serta bagi menambah bilangan peserta. Semasa aktiviti dijalankan kami menghadapi kesukaran dalam mengawasi anak-anak yang berumur 8 tahun ke bawah, kerana aktiviti yang kami laksanakan tidak menarik minak mereka. Kami juga dapat mengesan ada dalam kalangan anak-anak rumah kasih harmoni yang tidak tahu membaca dan mengira. Kami terpaksa mengubah beberapa aktiviti pada sesi pagi pada hari sabtu bagi mengawal anak-anak rumah kasih harmoni. Pada aktiviti petang dan seterusnya telah berjalan lancar dan peserta bertanbah setelah anak-anak yang pergi ke kelas tambahan dan sebagainya telah pulang dan turut serta program kami. Pada hari ahad, program kami berjalan lancar dan kami menutup program dengan jayanya.
Apa yang saya pelajari semasa menjalankan program ini adalah kita hendaklah sentiasa bersedia dengan situasi yang berbeaza dengan perancangan, dan kita juga hendaklah bijak membuat perubahan bergantung kepada situasi yang berlaku.
FASA SELEPAS
Secara keseluruhanya, kami telah berjaya menjalankan program dengan lancar dengan adanya kerjasama dan komunikasi yang baik di antara ahli kumpulan walaupun pelbagai cabaran dan halangan ketika melaksanakan program. Berdasarkan pengalaman yang diperolehi daripada program ini, banyak pengajaran yang saya pelajari yang perlu saya ingati sepanjang hayat saya. Antara pengajaran yang saya perolehi adalah, masih ada golongan yang kurang bernasib baik di luar yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa. Oleh itu, sebagai insan yang bertanggungjawab, kita hendaklah sentiasa cakna akan golongan ini dengan memberi bantuan yang diperlukan. Selain itu, saya juga mempelajari untuk bagaimana untuk merancang program dan mengawal kumpulan orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Akhir sekali, melalui program ini juga, saya telah berpeluang untuk menjalinkan hubungan silaturahim di antara anak- anak rumah kasih harmoni.

Fasa Perancangan
Pada fasa perancangan, kumpulan kami yang terdiri daripada 10 ahli kumpulan telah berbincang dan bersetuju untuk menamakan kumpulan kami sebagai kumpulan Barakah dan KasehKu sebagai nama program. Pada perjumpaan yang pertama, kami telah mengagihkan tugas-tugas mengikut skop biro yang telah ditetapkan dan saya telah ditugaskan menjadi birp aktiviti dan program. Semasa fasa ini juga, kami telah berbincang kumpulan sasaran yang sesuai untuk mengadakan program KasehKu. Setelah berbincang dan pelbagai cadangan diutarakan, kami bersetuju untuk memilih anak-anak yatim sebagai kumpulan sasaran kami kerana kami merasakan ini merupakan salah satu usaha kami untuk membantu anak-anak yatim ini dari segi pembelajaran dan memberikan mereka motivasi kerana mereka merupakan generasi muka. Seterusnya, setiap ahli diminta untuk memberikan tempat dan tarikh cadangan untuk mengadakan program ini. Dalam proses ini, kami menghadapi masalah dalam menentukan tarikh yang sesuai untuk menjalankan program kerana terdapat ahli kumpulan yang sibuk dengan aktiviti kolej dan universiti. Namun, perkara ini dapat diselesaikan dengan perbincangan sesama ahli dalam kumpulan dan kami bersetuju untuk mengadakan program pada 5-7 April 2019. Pada awalnya kami bercadang untuk mengadakan program ini di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/ Miskin Rukaiyah di Sungai Merab. Oleh itu, kami telah menghantar kertas kerja projek seperti yang diminta oleh pihak pusat jagaan namun Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah di Sungai Merab tidak mempunyai slot kekosongan pada tarikh tersebut. Kami menghadapi masalah dalam proses mencari rumah anak-anak yatim setelah rancangan kami untuk mengadakan program ini ditolak oleh Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/ Miskin Rukaiyah di Sungai Merab. Hal ini demikian kerana, kebanyakan rumah anak-anak yatim di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor telah dipenuhi dengan program-program pada awal waktu. Kami meneruskan proses mencari rumah anak-anak yatim dan kami berjaya mendapat persetujuan untuk melakukan program di Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni di Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor pada saat-saat akhir. Dalam fasa perancangan ini, kami dapat mempelajari bahawa fasa perancangan merupakan salah satu fasa yang penting dan kami perlu bersedia dengan beberapa pilihan untuk memastikan kelancaran sesuatu program. Hal ini kerana, kami akan menghadapi kerugian masa jika gagal merancang sebaiknya semasa fasa perancangan. Perancangan awal perlu dilakukan dengan teliti dan kami perlu menjangkakan sebarang masalah yang mungkin berlaku pada fasa perancangan bagi memastikan setiap pilihan berjalan dengan lancar. Dengan ini, apabila saya diberi peluang untuk mengadakan projek sebegini pada masa akan datang, saya perlu :
Fasa Perlaksanaan/Semasa
Kami telah mengadakan lawatan awal ke rumah tersebut untuk berbincang dengan pihak Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni mengenai aktiviti yang sesuai untuk dijalankan di samping melihat keadaan dan suasan rumah tersebut bagi merancang aktiviti program kami. Menurut Cik Finas selaku kerani Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni, anak-anak yatim yang tinggal di rumah tersebut terdiri daripada anak-anak berumur 8-17 tahun. Kami juga berkesempatan untuk berjumpa dengan beberapa orang anak-anak yatim Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni. Kami telah berjumpa dengan Cik Finas dan berbincang mengenai perancangan kami dan Cik Finas mencadangkan untuk melakukan program berunsur akademik dan motivasi. Hal ini kerana, mereka kurang diberi pendedahan mengenai hala tuju mereka dan mereka kurang keyakinan dalam pembelajaran. Semasa perbincangan, kami juga telah meminta pihak rumah untuk melibatkan anak-anak berumur 13-17 tahun sahaja kerana aktiviti yang kami telah rancang hanya bersesuaian untuk purata umur tersebut. Setelah mengadakan lawatan awal, kumpulan kami mengadakan perjumpaan untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk dijalankan kepada anak-anak ini. Kami juga mengadakan simulasi aktiviti dalam kumpulan untuk memastikan kami memahami dan sebagai persediaan awal untuk melakukan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bersama anak-anak yatim pada hari program. Pada hari kejadian, kami dimaklumkan bahawa jumlah peserta program ini berkurangan kerana segelintir daripada mereka perlu menghadiri kelas tambahan. Oleh itu, pihak pengurusan menambah pelajar berumur 9 tahun dan 10 tahun untuk bersama-sama menjalankan program ini. Semasa melakukan latihan dalam kumpulan, kami mendapati sesetengah anak-anak gagal melibatkan diri kerana mereka tidak mahir untuk menulis atau membaca. Dari sini kami menyedari bahawa semasa lawatan awal, kami perlu mengenal pasti bagaimana tahap pembelajaran mereka supaya aktiviti yang kami rancang dapat berjalan dengan lancar. Oleh itu, kami terpaksa mengolah beberapa aktiviti untuk memastikan setiap peserta dapat melibatkan diri dalam aktiviti ini. Perangai segelintir kanak-kanak yang agak agresif dan tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan jugak merupakan salah satu cabaran yang kami hadapi semasa program ini berlangsung. Ahli kumpulan kami yang terdiri daripada 10 orang tidak menang tangan untuk menguruskan anak-anak ini dalam usaha untuk memastikan setiap peserta mendapat objektif setiap aktiviti yang dilaksanakan. aktiviti “Construct It” dimana mereka perlu membentuk dan membina sebuah sekolah impian berdasarkan barang-barang terpakai mengikut kreativiti merupakan salah satu aktiviti yang menarik minat mereka. Melalui aktiviti ini, kami dapat melihat anak-anak ini mempunyai idea yang kreatif dan daya kreativiti yang menarik dalam menghasilkan model sekolah impian mereka. Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam ahli kumpulan mereka kerana mereka perlu bersama-sama mereka sekolah impian mereka.
Melalui program ini, selaku biro aktiviti dan program saya mempelajari bahawa saya perlu mengenal pasti kemahiran dan tahap pembelajaran kumpulan sasaran dalam merancang aktiviti untuk memastikan aktiviti dapat dilaksanakan dengan lancar dan baik. Terdapat banyak perkara yang saya pelajari melalui program jalinan masyarakat ini. Perancangan yang teliti merupakan asas yang paling penting dalam melaksanakan sesuatu perkara untuk memastikan kelancaran sesuatu aktiviti. Saya mempelajari bahawa bukan mudah untuk melakukan sesuatu program tanpa kerjasama daripada semua pihak dan saya amat bersyukur kerana ahli-ahli kumpulan saya memberikan kerjasama yang baik dan berkongsi pendapat dan pengalaman dalam memastikan program ini berjalan dengan jayanya.
Saya berpeluang untuk mengenali anak-anak yatim Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni dengan lebih rapat dan membantu sedikit sebanyak dalam memberikan kata-kata semangat kepada mereka agar mereka tidak berputus asa dalam kehidupan. Pengalaman dan perasaan duka yang mereka kongsikan kepada saya memberi kesedaran dalam diri saya untuk bersyukur dengan setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kerana terdapat golongan yang lebih susah dan memerlukan. Saya dapat mempelajari nilai-nilai murni sepanjang saya berada di rumah tersebut di mana mereka sentiasa berkongsi dan saling memberikan semangat di antara satu sama lain.
Fasa Selepas
Kesimpulannya, seluruh program telah berjalan dengan lancar dengan bantuan dan kerjasama dari ahli kumpulan saya. Melalui program yang dijalankan saya dapat pelbagai iktibar,pengalaman baru dan meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri. Melalui tugas yang diamanhkan dan diberikan ini dapat menanamkan rasa tanggungjawab dalam diri untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dan memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki kelemahan dalam diri saya. Program ini telah mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara rakan-rakan sekelas iaitu ahli kumpulan saya serta bersama-sama menghadapi masalah dan menyelesaikan masalah dengan setiap perbincangan yang dilakukan dalam mengendalikan program ini. program sebegini rupa wajar diteruskan meskipun ini adalah kursus universiti dan hanya untuk melengkapkan jam kredit tapi program ini terlah memberi kesan yang mendalam terhadap diri saya. Saya berharap hubungan kami dan Rumah Kasih Harmoni akan berkekalan pada masa akan datang kerana saya mendapat banyak pengalaman baharu dan saya berasa sangat seronok kerana dapat membantu mereka sedikit sebanyak mengenai hala tuju mereka. Saya sangat berterima kasih kepada semua yang terlibat dan igin memohom maaf sekirannya terdapat kekurangan dalam mengendalikan program ini.

Fasa Perancangan
Dalam fasa perancangan, pada mulanya kumpulan sasaran kami adalah pelajar menegah atas di sekolah menengah. Memikirkan aktiviti dan perjalanan yang akan dilakukan, kami berasa bahawa dengan kekuatan ahli kumpulan sebanyak 10 orang tidak mencukupi untuk menjalankan aktiviti tersebut. Kami telah berbincang dan bersetuju untuk bergabung dengan kumpulan lain yang mempunyai kumpulan sasaran yang sama dengan kami. Namun, setelah berjumpa dengan penasihat kami, beliau mengatakan bahawa jumlah 20 orang terlalu ramai untuk mengendalikan pelajar di sekolah tersebut dan jika mahu terus bergabung, perlu memikirkan satu jalinan masyarakat yang lain yang mampu memberi impak yang besar kepada komuniti tersebut. Setelah gagal berfikir aktiviti jalinan masyarakat yang sesuai dengan kekuatan ahli seramai 20 orang, maka kami bersetuju untuk membubarkan kembali kumpulan kepada 10 orang. Hal ini telah sedikit sebanyak mengganggu proses dan perjalanan aktiviti yang ingin dilakukan. Pada awalnya juga, kami tiada objektif dan kumpulan sasaran yang jelas. Pada minggu keempat, kami berkumpul semula dan berbincang untuk mendapatkan kata putus tempat, tarikh, kumpulan sasaran baru dan semua maklumat yang diperlukan. Kami telah bersepakat untuk menamakan kumpulan Barakah kerana percaya bahawa setiap perkara kebaikan akan mendapat berkat dan dipermudahkan segala urusan. Seterusnya kami telah menamakan program kami sebagai KasehKu. Maka terjadilah program KasehKu by Barakah. Seterusnya kami mencari rumah- rumah anak yatim mahupun asnaf untuk melakukan aktiviti tersebut. Banyak rumah yang telah dihubungi namun tarikh-tarikh yang dicadang telah dipenuhi dengan aktiviti mereka. Pada mulanya kami bercadang untuk lakukan program di Pusat Jagaan Kanak- Kanak Yatim/ Miskin Rukaiyah di Sungai Merab. Namun, sama seperti rumah-rumah anak yatim yang lain, pusat jagaan tersebut juga telah mempunyai aktiviti merka sendiri. Kami juga mempunyai masalah dalam menentukan tarikh untuk lakukan program kerana ahli kumpulan masing-masing sibuk dengan aktiviti kolej dan juga hal yang tidak dapat dielakkan pada setiap hujung minggu. Akhirnya, sebuah rumah asnaf dan anak yatim telah menerima proposal kami untuk melakukan jalinan masyarakat di tempat mereka iaitu Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras di Sungai Buloh.
Kami telah melakukan lawatan awal ke rumah tersebut pada hari Khamis, 28 Mac 2019. Lawatan awal ini adalah untuk memastikan kami mendapat gambaran yang jelas bagaimana aktiviti yang hendak dijalankan dan tempat- tempat yang bersesuaian untuk aktiviti tersebut. Berjumpa dengan kerani di rumah tersebut, beliau menyatakan bahawa jika boleh mereka mahukan satu aktiviti yang ke arah keilmuan dan kerjaya kerana anak- anak di rumah tersebut kurang mendapat pendedahan mengenainya. Setelah perbincangan, kami telah mendapat persetujuan dengan pihak Rumah Kasih Harmoni untuk menjalankan aktiviti selama dua hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad, 6 & 7 April dan kebetulan pada tarikh tersebut, kami semua dapat menghadirkan diri. Sasaran umur pelajar untuk terlibat dengan aktiviti jalinan masyarakat ini adalah dari 10 tahun hingga 17 tahun seramai 50 orang. Setelah itu kami dibawa melihat kawasan sekitar.
Kembali ke UM, perancangan telah dilakukan dengan teliti agar tiada kecacatan yang berlaku sepanjang program berlangsung. Tentatif dan proposal telah disediakan untuk dibentangkan kepada Dr Aisyah selaku penasihat program jalinan masyarakat. Segala komen dan cadangan telah ditambah baik. Malam sebelum kami bertolak memulakan program, kami telah sekali lagi berjumpa dan membuat persediaan kali terakhir supaya semua ahli kumpulan ambil maklum dan tahu apa yang perlu dilakukan di sana.
Fasa Semasa
Setibanya kami di Rumah Kasih Harmoni, kami telah disambut baik oleh anak-anak di rumah tersebut. Setelah selesai makan pagi, program yang sepatutnya bermula pada pukul 8.30 pagi tidak dapat dijalankan tepat pada waktunya. Masalah telah timbul apabila sesetengah pelajar tidak hadirkan diri pada waktu tersebut kerana terlibat dengan kelas tambahan di sekolah. Ketika itu kami sedar bahawa perjalanan tidak akan berjalan seperti yang dirancang. Kami meneruskan sahaja program dengan bilangan pelajar yang ada. Untuk aktiviti pertama, anak-anak di rumah tersebut masih dapat dikawal kerana masih belum mengenali kami dan mendengar arahan. Pada aktiviti kedua mereka sudah mula selesa dan tidak dapat dikawal dari segi perbualan. Disebabkan masalah-masalah kecil seperti ini, masa telah lari dari jadual yang sepatutnya dan terdapat aktiviti yang terpaksa dicepatkan, atau tidak dilakukan. Selain itu, sepanjang program berlangsung, dari pandangan saya mereka ini sangat inginkan perhatian. Ada diantara mereka yang bercerita mengenai kisah hidup bagaimana mereka akhirnya tinggal di rumah tersebut. Malah ramai juga diantara mereka yang masih tidak tahu hala tuju hidup mereka selepas tamatnya alam persekolahan. Semasa program ini berlangsung, terdapat beberapa pengajaran yang saya perolehi. Antaranya, sentiasa bersyukur dengan kehidupan yang kita ada sekarang kerana mungkin bagi kita kehidupan kita adalah yang tidak sempurna tetapi ada lagi mereka yang lebih malang dari kita. Seterusnya, nikmati kehidupan dengan gembira. Kebanyakan anak-anak di rumah tersebut mempunyai latar belakang dan cerita yang menyedihkan. Namun, mereka tidak terus bersedih dan menutup kesedihan dengan melangsungkan kehidupan dengan gembira. Seterusnya, sepanjang program ini berlangsung ianya memberi satu pengalaman baru kepada diri saya kerana saya berpeluang menjadi fasilitator dan pengacara majlis penutup. Hal ini kerana saya tidak pernah merasai dan mempunyai pengalaman seperti itu. Selain itu, sebagai bendahari saya diberikan tanggungjawab untuk mengawal aliran keluar masuk duit yang diterima dan perbelanjaan. Ini mengajar saya untuk amanah dan jujur dengan setiap perkara yang saya lakukan kerana memegang duit dalam amaun yang banyak bukanlah satu perkara yang mudah bagi sesetengah orang. Saya juga belajar cara untuk menguruskan sesuatu majlis atau program supaya berjalan dengan lancar. Segalanya bermula dengan cadangan dan seterusya perbincangan yang dilakukan. Saya juga percaya bahawa ahli kumpulan yang lain juga merasakan perkara yang sama.
Fasa Selepas
Apa yang saya pelajari dari insiden ini ialah dalam fasa perancangan projek kita perlu meneroka beberapa pilihan dan tidak bergantung kepada hanya satu pilihan sahaja. Ini terbukti kerana apabila satu pilihan itu gagal, maka proses perancangan perlu diulang semula dan ianya melibatkan kerugian masa dan kos. Sebagai contoh, jika kita menumpukan hanya pada satu persatuan atau rumah sahaja, kebarangkalian untuk dapat tempat tersebut adalah tipis berbanding dengan mencuba hubungi lebih dari satu tempat sahaja. Selain itu, kita perlulah mempunyai objektif yang jelas mengenai apa yang kita ingin lakukan. Apabila kita tidak mempunyai objektif yang jelas, sesuatu proses itu akan tergendala kerana tidak mempunyai hala tuju dan kita akan berbincang perkara yang sama berulang kali tanpa mendapat kata putus. Seterusnya, lawatan awal ketapak projek banyak mengubah persepsi dan membuka mata kami mengenai tempat tersebut. Ini juga memberi gambaran awal bagaimana aktiviti tersebut akan berlangsung. Yang paling penting sepanjang merancang melakukan program ini ialah, kita hendaklah sentiasa bertanya kepada yang pakar dan meminta nasihat mereka kerana mereka mempunyai lebih banyak pengalaman mengendalikan program atau aktiviti. Saya dapati, kekurangan komunikasi dua hala antara pelajar dengan penasihat merupakan masalah utama dalam melakukan sebarang aktiviti kerana kita tidak mencapai apa yang diinginkan oleh penasihat. Sebagai pelajar kejuruteraan dan bakal jutruera, perkara yang saya lalui dan pelajari akan terus saya hadapi kerana inilah keadaan sebenar jurusan yang saya alami sekarang dan pada masa akan datang. Justeru, apabila saya diberi projek pada masa akan datang saya akan:
Saya juga berharap hubungan yang terjalin antara kami dan bersama anak- anak Rumah Kasih Harmoni akan terus berkekalan dan berharap agar jalinan masyarakat ini memberi sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman kepada kami semua dalam mendepani kehidupan pada masa akan datang.

Fasa Perancangan
Dalam fasa pelaksanaan, kami sekumpulan yang terdiri daripada 10 ahli kumpulan telah bersetuju untuk menamakan kumpulan kami sebagai kumpulan Barakah. Selain itu, kami juga telah bersependapat untuk menamakan program yang akan dijalankan sebagai KasehKu. Dalam fasa ini juga, kami telah berbincang tentang kumpulan sasaran yang kami akan pilih. Terdapat beberapa cadangan yang diberikan oleh ahli kumpulan yang lain. Pada akhirnya, kami bersetuju untuk mengadakan program di rumah anak yatim dan asnaf dengan peserta sasaran berumur 13-17 tahun. Pada awalnya, kami bercadang untuk pergi ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/ Miskin Rukaiyah di Sungai Merab. Kami sudah pun berbincang dengan pihak tersebut dan meminta kami untuk menghantar kertas kerja kami kepada mereka. Akan tetapi, pihak tersebut tidak bersetuju untuk kami melakukan program di sana dan pihak tersebut juga agak lambat memeberi kata putus kepada kami yang menyebabkan sedikit masalah kepada kami kerana seluruh ahli kumpulan kami hanya lapang pada tarikh 5-7 April sahaja. Kumpulan kami juga mempunyai masalah dalam menentukan tarikh program kerana terdapat beberapa ahli kumpulan yang sibuk dengan aktiviti kolej dan universiti. Namun, setelah perbincangan secara berkumpulan diadakan, kami berjaya mendapat kata putus untuk melakukan program pada tarikh berkenaan. Setelah rancangan kami untuk melakukan program di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/ Miskin Rukaiyah di Sungai Merab itu ditolak, kami mempunyai kesusahan untuk mencari tempat progam baharu oleh kerana kebanyakan Rumah Anak-Anak yatim ini sudah mempunyai program harian yang penuh yang telah disusun sehingga bulan Ramadhan. Setelah beberapa cubaan menghubungi pelbagai rumah anak yatim sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, kami telah berjaya mendapat persetujuan untuk melakukan program di Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni di Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor. Dengan ini, kami telah mempelajari untuk menghubungi sebanyak pihak yang mungkin untuk melakukan program. Dalam fasa perancangan ini juga, kami seharusnya mencari beberapa pilihan lain dan tidak hanya bergantung keada satu pilihan sahaja. Hal ini kerana, apabila sesuatu pilihan itu tidak berjalan dengan lancar, ia akan melibatkan kerugian masa. Perancangan awal dengan teliti juga harus dijalan oleh setiap ahli kumpulan agar masalah sebegini tidak berlaku lagi. Dengan ini, apabila diberi kesempatan untuk melakukan projek begini pada masa hadapan, saya akan:
Fasa Perlaksanaan
Setelah mendapat persetujuaan daripada Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni, kami telah melakukan lawatan awal ke rumah tersebut untuk melihat keadaan rumah tersebut dan melawat anak-anak di rumah tersebut untuk merancang aktiviti yang sesuai yang akan dijalankan. Setelah berbincang dengan kerani rumah tersebut, iaitu Cik Finas, beliau mencadangkan untuk melakukan program “akademik” kerana anak-anak di rumah tersebut sudah biasa dengan aktiviti yang kami fikir pada awalnya. Kami juga telah memperoleh senarai nama penghuni Rumah Kasih Harmoni tersebut dan mendapati kumpulan sasaran kami iaitu anak-anak yang berumur 13-17 tahun tidak ramai lalu mengubah kumpulan sasaran kami kepada 10-18 tahun. Kami pada awalnya mengumpulkan jumlah peserta yang ramai untuk memeriahkan lagi program kami ini. Persiapan sebelum program telah dilaksanakan dengan jayanya. Kami juga berjaya mendapat sumbangan terus daripada beberapa pihak bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Pada hari program ini diajalankan, apabila kami sudah tiba di rumah tersebut, kam dimaklumkan bahawa jumlah peserta program ini sudah berkurangan disebabkan kelas tambahan yang dilakukan secara tiba-tiba di sekolah mereka dan melibatkan beberapa peserta program ini. Oleh itu, pihak pengurusan telah memanggil anak-anak yang berumur 9 tahun untuk bersama-sama menjalankan program ini. Apabila kami melakukan latihan dalam kumpulan (LDK) yang melibatkan membaca dan menulis, bbaru kami menyedari bahawa ada segelintir anak-anak rumah ini bahkan yang berumur 12 tahun belum pandai membaca dan menulis dengan fasih. Oleh itu, aktiviti tersebut terpaksa diolah supaya semua peserta dapat terlibat dalam aktiviti tersebut. Seterusnya, apabila anak-anak yang terlibat dengan kelas tambahan sudah pulang, bilangan peserta telah bertambah daripada sasaran asal. Dengan perangai kebanyakan kanak-kanak yang agak agresif, agak susah untuk kami menguruskan mereka yang begitu ramai. Selepas beberapa aktiviti telah dijalankan, barulah kami sedar bahawa, kami tidak memerlukan bilangan peserta yang ramai asalkan program kami ini memberikan impak yang besar kepada kumpulan sasaran kami. Semasa aktiviti “Construct It” dijalankan, kami sepatutnya memastikan keselamatan semua peserta berada dalam keadaan yang baik kerana aktiviti ini melibatkan alat-alat yang tajam dan beberapa anak-anak ini berlari-lari di sekeliling kawasan aktivit tersebut. Kami juga seharusnya menyediakan tempat membuang sampah dan mengajar anak-anak ini keselamatan semasa melakukan kerja tersebut. Selain itu, saya selaku jurugambar sepanjang program ini dijalankan tidak dapat mengambil gambar dengan baik kerana kekurangan skill dan keadaan kawasan aktiviti tersebut yang agak gelap. Oleh itu, saya seharusnya belajar dahulu bagaimana untuk mendapatkan hasil gambar yang baik dengan keadaan sebegitu sebelum program ini dimulakan.
Sepanjang program ini diadakan, saya berjaya meningkatkan kemahiran komunikasi saya. Pada saya, saya seorang yang “introvert” dan tidak akan bercakap dengan orang yang saya tidak rapat dan kenal inikan pula bercakap dengan orang yang ramai. Semasa kumpulan kami baru ditubuhkan, saya tidak mengenali kebanyakan ahli kumpulan saya, namun saya berjaya memberi beberapa idea kepada ahli kumpulan yang lain. Semasa program dijalankan, saya perlu untuk berkomunikasi dengan peserta program. Hali ini juga membantu saya dengan kemahiran komunikasi saya. Saya telah mencuba sehabis baik untuk berkomunikasi dan untuk memberi panduan kepada peserta sepanjang aktiviti dijalankan.
Saya juga mendapati bahawa setiap ahli kumpulan dapat bergaul dengan peserta-peserta dengan baik. Saya juga dapat bergaul dengan beberapa peserta dan mendengar sedikit sebanyak cerita berkaitan dengan kehidupan mereka sebelum dan selepas berada di Rumah Kasih Harmoni tersebut. Selain itu, saya juga belajar bahawa bukan mudah untuk menguruskan anak-anak ini diamana pada usia mereka, mereka sangat agresif dan banyak bermian dan tidak mendengar cakap. Saya juga dapat mempelajari nilai-nilai murni daripada anak-anak tersebut dimana mereka amat menitik beratkan adab sesama mereka dan hal agama dalam kehidupan seharian mereka. Saya juga sedar dan rasa sangat bersyukur dengan nikmat yang saya telah peroleh kerana dalam kehidupan kita ini, ada golongan yang lebih susah dan memerlukan daripada kita.
Fasa Selepas
Analisis SWOT (Strength, Weakness, Opportunity and Threat)daripada program ini:
Kekuatan
Kelemahan
Harapan
Ancaman
Kesimpulannya, Seluruh program yang dijalankan telah berjalan dengan lancar dan kami semua juga brpuas hati dan gembira walaupun agak penat melayan karenah anak-anak di Rumah Kasih Harmoni tersebut. Saya juga mendapati hubungan antara ahli kumpulan menjadi lebih erat selepas program ini dijalankan. Masalah tidak cukup masa tidak wajar dijadikan alasan dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan dan kami semua juga telah belajar dri kesilapan masing-masig sepanjang program ini dijalankan. Sebagai pelajar cemerlang, kami sepatutnya harus bijak mengurus masa dan membahagikan tugas mengikut kepentingannya. Banyak juga pengajaran yang telah diperoleh seanjang program ini dijalankan. Hubungan bersama pihak dan anak-anak Rumah Kasih Harmoni juga menjadi lebih erat selepas program ini habis dialankan dan harapkan agar hubungan yang terjalin ini menjadi semakin akrab dan berkekalan pada masa yang mendatang.

Fasa perancangan
Fasa perancangan ini bermula setelah kami diberikan taklimat tentang subjek jalinan masyarakat. Kami menubuhkan satu kumpulan yang terdiri dari 10 orang pelajar. Kumpulan tersebut terdiri daripada 6 orang lelaki dan juga 4 orang perempuan. Kumpulan kami juga tiada berlainan kaum dan bangsa kerana kesemuanya adalah daripada kaum dan bangsa melayu. Pada mulanya, kami hanya membuat perjumpaan selepas selesai taklimat di dewan kuliah 3. Perjumpaan tersebut hanyalah untuk memberi kata akhir sebelum membuat kumpulan. Pada mulanya, kami bercadang untuk menggabungkan kumpulan kami dengan kumpulan Iridescent di mana mereka terdiri daripada 10 orang pelajar. Kami juga telah mencadangkan untuk membuat jalinan masyarakat di sebuah sekolah yang terletak di Kuala Lumpur dengan melibatkan 100 orang pelajar dari tingkatan 5. Namun, cadangan kami ditolak oleh Dr Aisyah kerana jumlah pelajar tidak begitu ramai dan beliau juga merasakan kemungkinan sesetengah ahli kumpulan dalam program ini tidak mendapat tugas yang sama rata dengan ahli yang lain. Oleh itu, kami telah membuat perbincangan dan mesyuarat pada minggu seterusnya untuk membincangkan masalah yang kami hadapi. Akhirnya, kami terpaksa berpecah semula kepada 2 kumpulan di mana kumpulan Iridescent dan kumpulan kami terpaksa membuat haluan sendiri untuk meneruskan program jalinan masyarakat ini.
Selepas itu, kami bercadang untuk membuat program ini di mana-mana rumah anak yatim di kawasan Selangor dan Wilayah persekutuan. Kami juga telah menelefon beberapa rumah anak yatim untuk menanyakan kebarangkalian dari mereka mempunyai kelapangan masa pada tarikh yang kami tetapkan. Namun, masa yang kami cadangkan itu tidak menemui jalan persetujuan oleh mereka. Selang beberapa hari, kami mendapat panggilan semula dari rumah anak yatim Al-Inayah, Kampung Sijangkang. Mereka bersetuju dengan tarikh yang kami cadangkan namun salah satu hari dari kami cadangkan itu, mereka tidak dapat bersama dengan kami. Oleh itu, kami belum meletakkan tanda persetujuan utk program itu kerana kami memerlukan 3 hari untuk melaksanakan program tersebut. Selepas itu, kami mendapat panggilan dari Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, Sungai Buloh. Mereka bersetuju dengan cadangan tarikh kami kerana mereka berkelapangan masa pada waktu itu. Oleh itu, kami membatalkan program kami dengan Rumah anak yatim Al-Inayah di Kampung Sijangkang sebelum tarikh yang kami cadangkan. Kami meneruskan program kami bersama rumah kasih harmoni pada tarikh 6 dan 7 April 2019. Cadangan tarikh tersebut adalah seminggu selepas kami mendapat panggilan dari rumah kasih harmoni. Justeru, kami membuat persediaan awal bersama-sama di mana program tersebut mempunyai pelbagai acara dan aktiviti. Kami bersungguh sungguh menyiapkan peralatan dan juga cara-cara sebagai demonstrasi terhadap anak anak yatim sebelum hari kejadian. Setelah selesai merancang, kami berharap agar program ini berjalan dengan lancar dan sempurna pada hari kejadian. Kami juga telah mengambil risiko sekiranya program tersebut tidak berjalan dengan baik. Kami juga telah menyediakan beberapa cadangan yang lain sebagai pilihan kedua dan ketiga sekiranya pilihan pertama tidak berjalan seperti yang kami jangka pada awalnya. Akhir kata untuk fasa perancangan ini, kami berasa sungguh selesa apabila program ini dijalankan di rumah kasih harmoni kerana mungkin ada hikmahnya. Mereka memerlukan kami berbanding pelajar-pelajar di sekolah kerana mereka memerlukan seseorang untuk menumpang kasih sayang untuk kehidupan mereka yang akan datang.
Fasa Semasa
Sebelum kami menjalankan program di Rumah Kasih Harmoni, kami telah membuat lawatan awal ke tempat tersebut. Kami juga telah didedahkan dengan beberapa tempat seperti surau, dewan, asrama, pejabat dan juga taman. Hal ini kerana, kami ingin melihat dan meneliti segala infrastruktur agar boleh dibuat penambahbaikan sekiranya terdapat kekurangan. Kami juga telah berjumpa dengan Kak Finas untuk menceritakan tentang Rumah Kasih Harmoni serta anak-anak rumah tersebut. Menurut Kak Finas, anak-anak Rumah Kasih Harmoni memerlukan bimbingan dan motivasi untuk kehidupan mereka yang akan datang. Oleh itu, kami terpaksa menukar perancangan kepada program yang bermotivasi dan juga mendidik anak-anak ke arah pembelajaran. Kami juga telah menyenaraikan nama-nama anak-anak Rumah Kasih Harmoni sebagai persediaan pengenalan kepada mereka. Lingkungan umur anak-anak rumah yang mengikuti program ini adalah berumur 10-17 tahun. Sebelum memulakan hari program, kami telah mempersiapkan segala alatan dan juga teknik untuk membuat program itu berjalan dengan lancar.
Pada hari kejadian, kami berasa sangat teruja melihat betapa gembiranya anak-anak Rumah Kasih Harmoni apabila kami tiba di sana. Kami dimaklumkan bahawa jumlah peserta tidak mencukupi kerana segelintir peserta dari darjah 6 menghadiri kelas tambahan di sekolah pada waktu pagi. Hal ini menimbulkan masalah buat kami untuk meneruskan program. Namun begitu, pihak pengurusan telah menambah anak-anak yang berumur 8-9 tahun untuk memenuhi jumlah peserta yang ditetapkan untuk program tersebut. Selain itu, segelintir anak-anak ini tidak dapat membaca dan menulis dengan betul walaupun sudah berumur 10 tahun. Ini juga menjadi masalah yang kecil buat kami kerana kami terpaksa mengurangkan tahap aktiviti kepada yang lebih rendah agar peserta dapat mempelajari dengan lebih baik. Sesetengah peserta juga tidak mahu bersama dalam aktiviti ini dan ada yang berlari pulang ke asrama. Selain itu, kelakuan agresif anak-anak ini juga menjadi permasalahan buat kami tetapi kami dapat mengawal kelakuan mereka dengan sangat baik. Pengaturan masa juga tidaklah begitu baik seperti yang dijangka. Kami terpaksa mengubah beberapa tentatif untuk menambahbaikan program ini kerana dari mulanya, kami terpaksa terima hakikat yang perancangan yang dijangkakan tidak berjalan dengan sempurna. Slot ‘Construct It’ itu terpaksa dipanjangkan waktu sehingga hari Ahad (7 April 2019) kerana cuaca pada petang Sabtu (6 April 2019) tidak begitu baik. Hujan lebat membuatkan slot itu dipanjangkan ke hari esoknya. Dalam slot itu, kami melihat anak-anak ini mempunyai daya kreativiti dan inovatif yang tinggi. Mereka mampu membina replika sekolah yang berasaskan sains dari bahan kitar semula. Mereka juga saling mengenali lebih rapat dengan rakan sekumpulan mereka apabila bertukar pendapat dan idea untuk menjayakannya. Dalam hal ini, saya gembira melihat mereka bekerjasama dalam menyiapkan sekolah impian mereka.
Semasa program ini berlangsung, saya banyak mempelajari kelebihan dan kekurangan ketika bersama mereka. Segelintir dari mereka sanggup bercerita tentang kisah hidup mereka yang dialami sebelum ini. Mereka berkongsi cerita kerana mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada kami. Oleh itu, kami memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap mereka agar mereka menghargai kami sebelum kami berangkat pulang. Di sini, saya dapat mempelajari cara mengenal orang dengan lebih rapat dan berinteraksi dengan lebih baik dikhalayak ramai.
Fasa Selepas
Kesimpulannya, saya mempelajari bahawa komitmen amatlah penting dalam pelaksanaan bagi sesuatu program. Tanpa adanya komitmen dari kesemua ahli, program yang akan dijalankan akan terdapat pelbagai cacat cela dan kekurangan. Saya juga mempelajari bahawa kita seharusnya bersyukur dengan kurniaan yang telah dianugerahkan oleh Tuhan kepada kita. Hal ini demikian kerana tidak semua orang berpeluang untuk merasai apa sedang kita nikmati sekarang. Kita sebagai mahasiswa dan mahasiswi bertanggungjawab untuk membantu golongan-golongan ini kerana mereka kekurangan kasih sayang yang sedang dinikmati oleh kanak-kanak yang lain.

Fasa perancangan :
Pada fasa permulaan, kami telah berjaya melaksanakan beberapa perjumpaan untuk berbincang dan berkongsi idea untuk beberapa perkara utama seperti menubuhkan nama bagi kumpulan, menentukan sasaran bagi menjalankan aktiviti, dan pembahagian tugas. Semua ahli dalam kumpulan sentiasa memberikan komitmen untuk mengadakan perjumpaan. Perkara yang saya belajar daripada semua perjumpaan yang diadakan adalah perbincangan adalah kunci kepada segala permasalahan. Saya belajar mengenai cara untuk berkomunikasi dengan berkesan dalam ahli kumpulan bagi mengetengahkan idea saya. Di samping itu, sikap toleransi antara satu sama lain merupakan perkara yang penting dalam menentukan sesuatu keputusan. Ini kerana setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza dan kita perlu untuk mengambil kira setiap pandangan di samping menghormati pendapat yang di utarakan agar segala perbincangan berjalan lancar. Sebagai contoh, ketika menentukan nama kumpulan dan nama program yang sesuai, pelbagai nama telah di cadangkan, namun akhirnya nama Kasehku berjaya dipilih sebagai nama program dan nama Barakah dipiih sebagai nama kumpulan.
Namun, bukan segalanya berjalan dengan mudah dalam melaksanakan sesuatu program kerana sedikit kesukaran timbul dalam menentukan tarikh dan lokasi yang sesuai dengan golongan sasaran yang telah dipersetujui. Anak –anak yatim dan golongan kurang berkemampuan merupakan golongan sasaran yang telah ditetapkan dan terdapat banyak lokasi sesuai untuk menjayakan program ini. Penentuan tarikh dan lokasi menjadi sukar kerana beberapa pelajar terlibat dalam aktiviti kolej dan universiti. Setelah perbincangan dilaksanakan, tarikh 5 hingga 7 April telah dipersetujui dan beberapa lokasi rumah yang sesuai telah dikenalpasti. Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim atau Miskin Rukaiyah di Sungai Merab telah menjadi lokasi pertama yang dihubungi untuk mendapatkan persetujuan untuk melakukan program. Walaubagaimanapun, setelah kertas kerja projek di teliti oleh pihak pusat jagaan tersebut, ternyata tarikh telah menjadi halangan kerana terdapat program lain akan dijalankan di pusat jagaan tersebut. Ini sedikit pun tidak melunturkan semangat kami bahkan menjadi titik tolak kepada kerjasama ahli kumpulan yang lebih utuh kerana setiap ahli kumpulan bersungguh-sungguh menggembleng tenaga mencari lokasi yang tepat berdasarkan tarikh yang telah dipilih. Akhirnya, segala usaha yang dikerahkan telah membuahkan hasil kerana ada rumah anak yatim dan golongan kurang berkemampuan telah bersetuju untuk memberi kebenaran kepada kami bagi melaksanakan program yang telah dirancang. Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni di Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor dengan berbesar hati menerima pelawaan kami dan kami bersyukur kerana telah berjaya melalui cabaran yang timbul pada fasa perancangan ini.
Fasa Pelaksanaan :
Dalam memastikan segala perkara berjalan dengan lancar untuk mengelakkan masalah-masalah yang boleh merencatkan segala perancangan yang telah dibuat, kami menghantar wakil seramai lima orang untuk membuat lawatan pertama di lokasi rumah anak yatim tersebut. Tinjauan yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan gambaran pertama dan membolehkan perbincangan mengenai isi kandungan program yang bersesuaian dengan peserta. Ini bertujuan untuk memastikan program dan aktivit yang dijalankan boleh menyumbang sekurang-kurangnya secebis kebaikan buat mereka dan manfaat yang diterima boleh digunapakai untuk kehidupan seharian. Melalui perbincangan bersama Cik Finas yang merupakan orang pertama menyambut kedatangan kami, program yang berunsurkan motivasi dan akademik sebolehnya dijadikan asas utama kepada aktiviti yang boleh dijalankan. Aktiviti berupa motivasi dan akademik ini perlu diketengahkan kerana sudah banyak aktivit berasaskan latihan dalam kumpulan telah dilaksanakan. Tambahan pula, perbincangan yang dijalankan juga terarah kepada jumlah dan jangka umur peserta. Setelah berbincang, Cik Finas telah bersetuju untuk menyediakan peserta yang berumur dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun kerana kesesuaian aktiviti yang telah dirancang. Perbincangan bersama semua ahli kumpulan perlu dilakukan untuk menentukan aktiviti yang sesuai berdasarkan motivasi dan akademik. Dalam memastikan program berjalan dengan teratur, setiap ahli kumpulan telah mengetahui tugas dan peranan masing-masing semasa aktivit berlangsung. Segala perbincangan yang dilakukan telah mendapat kata sepakat untuk kekal melaksanakan aktiviti latihan dalam kumpulan, namun telah diolah dengan aktivit tersebut lebih terarah kepada motivasi.
Pada tanggal 6 April 2019 dengan penuh rasa teruja dan gementar bercampur baur, kami telah memulakan perjalanan dari Universiti Malaya menuju ke Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni di Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor. Setelah tiba ke lokasi yang dituju, rasa gementar yang saya rasakan mulai pudar kerana saya sedar bahawa aktivit perlu dijalankan dengan penuh rasa tanggungjawab dan tidak menjadikan rasa gementar sebagai alasan untuk tidak melakukan yang terbaik. Persedian telah dilakukan dengan baik setelah simulasi dilakukan setiap ahli kumpulan bagi memastikan program berjalan lancar. Namun bukan semua yang kita rancang adalah perkara yang terbaik akan jadi dalam hidup kita kerana hanya Tuhan sahaja mempunyai pengetahuan yang tersangat luas akan perkara yang belum berlaku dan akan berlaku. Pada hari kejadian, ketika kami sampai ke lokasi yang dituju kami dimaklumankan mengenai pengurangan jumlah peserta kerana terlibat dengan kelas tambahan di sekolah dan pihak rumah anak yatim menambah bilangan peserta dalam lingkungan umur lapan hingga sembilan tahun. Ini merupakan cabaran utama kepada kami kerana tidak menjangkakan pengurangan bilangan peserta dan penambahan peserta yang bukan dalam lingkungan umur yang sama kerana aktiviti yang telah dirancang adalah kurang bersesuaian dengan pelajar di bawah 13 tahun. Kami jadikan ini sebagai satu cabaran yang perlu digalas untuk menyesuaikan aktivit latihan dalam kumpulan yang telah dirancang agar bersesuaian untuk lingkungan umur di bawah 13 tahun. Segala simulasi aktiviti latihan dalam kumpulan yang telah dijalankan sebelum ini dijadikan panduan asas untuk mengolah aktiviti menjadi lebih sesuai. Cabaran kedua yang kami hadapi adalah cabaran ketika hendak menguruskan peserta. Peserta yang datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza mempunyai perwatakan tersendiri yang menyebabkan datangnya kesukaran untuk memahami kehendak setiap peserta. Ada peserta yang tidak berminat untuk melibatkan diri dan ada pula peserta yang berminat tetapi mempunyai kesukaran kerana tidak mempunyai kemahiran menulis dan membaca yang baik. Segala cabaran yang kami lalui seakan tidak terasa apabila lebih banyak masa yang diluangkan bersama mereka. Dari semasa ke semasa mereka sudah mula boleh menerima kehadiran kami dengan penuh hati terbuka dan selesa untuk berkomunikasi bersama kami. Aktiviti latihan dalam kumpulan berjaya dilaksanakan walaupun terdapat beberapa cabaran perlu ditempuhi dalam memastikan segala objektif tercapai agar anak-anak ini mendapat manfaat dari program yang dijalankan.
Fasa Selepas
Selepas berakhirnya program tersebut, kami menjalankan proses pendokumentasian. Kami membahagikan kerja sesama ahli kumpulan bagi tidak membebankan setiausaha program kami. Dari sini kami mempelajari untuk bertoleransi sesama kami bagi memastikan proses ini berjalan dengan lancar. Kami sedar bahawa proses ini bukan hanya terletak kepada pengarah dan setiausaha program, tapi adalah tanggungjawab kesemua ahli untuk membantu mereka untuk menjalankan proses ini. Dalam pada itu,jika dilihat kembali semua perkara bermula dari fasa perancangan ke fasa pelaksanaan hingga fasa selepas banyak perkara yang boleh dipelajari. Salah satu perkara yang boleh diambil iktibar dari fasa perancangan ialah pelan dan perbincangan yang teratur perlu dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang masalah ketika di fasa pelaksanaan. Pada fasa pelaksanaan, sesuatu program yang dijalankan mungkin tidak berlaku seperti yang dirancang. Saya belajar bahwa kunci kepada permasalahan masalah ialah sentiasa bersikap tenang dan berbincang dengan ahli kumpulan bagi mencari solusi kepada masalah di samping mempunyai pelan kecemasan. Program jalinan masyarakat yang diadakan telah banyak menyedarkan saya untuk tidak hanya seperti katak di bawah tempurung yang hanya berada di zon selesa yang tersendiri. Saya sedar bahawa segala kudrat dan buah fikiran yang tuhan kurniakan perlu saya guna sebaik mungkin untuk berbakti kepada masyarakat sekeliling agar kehadiran saya ke dunia ini boleh memberi impak yang positif kepada orang lain. Akhir sekali, saya mungkin tidak berjaya melaksanakan segala tugasan saya tanpa kehadiran ahli kumpulan yang sangat membantu dan saya sangat bersyukur untuk bekerjasam bersama mereka.

Fasa perancangan
Dalam fasa perancangan, ahli kumpulan kami telah bersepakat untuk menjalankan program jalinan masyarakat bersama anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim / Miskin Rukaiyah Sungai Merab. Namun begitu, setelah menghubungi pihak rumah beberapa kali dan kami telah pun menghantar kerta kerja projek, pihak rumah tiada kekosongan slot pada tarikh tersebut iaitu 5, 6 dan 7 April 2019. Oleh disebabkan hal ini, kami telah cuba menghubungi beberapa rumah anak-anak yatim yang lain tetapi usul kami tidak diterima. Saya berasa sungguh risau kerana tarikh cadangan program semakin hampir tetapi kami masih lagi mencari-cari tempat program. Setelah banyak kali mencuba, kami telah berjaya mendapatkan tempat program iaitu di Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, Sungai Buloh dua minggu sebelum tarikh cadangan program iaitu pada 6 dan 7 April 2019. Justeru, kami melakukan persediaan awal dan merancang setiap aktiviti yang akan dijalankan.
Apa yang saya pelajari daripada insiden ini, kami seharusnya menyediakan banyak pilihan tidak tertumpu kepada satu pilihan sahaja. Hal ini kerana, kita tidak mengetahui risiko projek dan scenario yang bakal berlaku. Ini terbukti apabila proses perancangan kami terganggu. Malah, masa persediaan program menjadi singkat tetapi masih banyak urusan yang perlu diselesaikan. Saya dapati bahawa apabila situasi seperti ini berlaku, kita mestilah berfikiran positif dan tidak mengalah dalam membuat sesuatu perkara. Hal ini kerana, usaha yang berterusan bakal membuahkan hasil yang lumayan.
Fasa semasa
Kami telah membuat lawatan awal ke Rumah Kasih Harmoni untuk mengetahui keadaan rumah tesebut dan menyenarai keperluan anak-anak yatim. Kami juga telah bertemu dengan beberapa anak-anak yatim di sana. Hasil lawatan teresebut, kami telah mengadakan perbincangan tentang aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan. Menurut Kak Finas, program yang dicadangkan berunsur akademik dan motivasi. Hal ini kerana, mereka kurang diberi pendedahan tentang hala tuju mereka. Kami telah bersepakat untuk mengadakan aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat umur 11-18 tahun. Kami juga telah mengadakan simulasi aktiviti sebagai persediaan awal untuk menghadapi anak-anak yatim di sana. Saya berasa teruja dan lebih yakin untuk menjalankan program di rumah tersebut kerana saya fikir komuniti ini memerlukan kami untuk membantu mereka. Semasa hari program, kami dimaklumkan bahawa beberapa peserta program tidak dapat ikut serta atas alasan kelas tambahan di sekolah. Oleh itu, pihak pengurusan telah menambah anak-anak yatim kategori umur 9-10 tahun. Semasa aktiviti dijalankan, kami menyedari bahawa ada segelintir dari mereka yang tidak tahu membaca. Malah, pada peringkat umur sekolah menengah juga masih ada yang gagap ketika membaca. Kami terpaksa mengolah sedikit aktiviti agar bersesuaian dengan mereka. Semasa program juga, perangai agresif kanak-kanak juga merupakan salah satu cabaran bagi kami. Malah, ada juga yang tidak mahu turut serta. Selaku penjaga masa program, saya rasakan tugas untuk memastikan program berjalan mengikut tentatif amat berat atas sebab mereka terlalu aktif dan sesetengah slot memerlukan masa yang lama agar objektif program dapat dicapai. Satu pencapaian yang saya rasa amat membanggakan, semasa slot ‘Construct It’, mereka mempunyai idea yang kreatif dan sangat berminat untuk melakukan aktivti tersebut yang mana mereka dikehendaki untuk membina sekolah impian daripada barangan terpakai.
Sepanjang program ini dijalankan, saya mempelajari bahawa kami perlulah mengetahui tahap kemampuan kumpulan sasaran dalam merancang aktiviti agar program dapat dijalankan dengan sempurna. Selain itu, saya selaku penjaga masa haruslah lebih tegas supaya aktiviti dapat dijalankan mengikut tentatif yang telah dirancang. Saya mempelajari bahawa kerjasama amat penting dalam menjayakan program ini.
Perkara yang mebuatkan saya berasa seronok ialah saya berpeluang untuk mengenali mereka dengan lebih rapat dan mendengar cerita jalan hidup mereka seperti bagaimana mereka ditempatkan di Rumah Kasih Harmoni tersebut. Saya dapati bahawa mereka sangat memerlukan kasih sayang dan tempat untuk bergantung supaya diri rasa lebih dihargai. Saya juga berasa sangat bersyukur dengan kehidupan saya kerana masih terdapat golongan yang lebih susah dan tidak mempunyai keluarga.
Fasa selepas
Kesimpulannya, program telah berlansung dengan jayanya dengan kerjasama dan bantuan daripada ahli kumpulan. Melalui program ini, saya telah belajar banyak perkara. Pelaksanaan program ini banyak memupuk nilai-nilai murni dalam diri saya seperti bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan. Selain daripada memenuhi keperluan kursus, program ini dapat memberikan pengalaman baru kepada saya terutamanya untuk menjadi seorang pemimpin kelak. Saya belajar untuk mengendalikan program dan meneruskan usaha murni berkhidmat kepada masyarakat. Selain itu, program ini juga telah mengeratkan hubungan persahabatan antara ahli kumpulan terutamanya semasa fasa pelaksanaan. Akhir kata, saya berharap agar program ini dapat diteruskan. Hal ini kerana, program seperti ini dapat memberikan impak yang postif tidak hanya kepada pelajar malah kepada komuniti sasaran yang terlibat. Saya berharap agar hubungan baik antara kami dan pihak Rumah Kasih Harmoni dapat dikekalkan.

FASA PERANCANGAN
Pada permulaan projek Jalinan Kemasyarakatan, kami satu kumpulan berbincang dan bersetuju untuk memilih sekolah menengah sebagai sasaran lawatan kami. Pada mulanya, kami berhajat untuk bekerjasama dengan kumpulan lain bagi memudahkan aktiviti ini bagi memudahkan melaksanakan aktiviti ini. Disebabkan beberapa sebab dan atas nasihat dari penasihat kami (Dr. Aisyah), kami bersepakat untuk memutuskan kerjasama kami dengan kumpulan tersebut. Selepas pemisahan itu, sasaran lawatan kami berubah kepada rumah anak yatim. Pada pemulaan projek ini, saya merasakan bahawa kumpulan kami tidak mampu untuk melayan dan meraikan anak-anak yatim di Rumah Kasih Harmoni. Pemahaman saya ini disebabkan oleh kurangnya pengalaman/penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan.
Pada permulaan projek ini, pelbagai perkara tejadi dan antara perkara yang terjadi kepada kumpulan kami adalah rumah anak yatim yang perlu dipilih. Pada waktu itu, kebanyakan rumah anak yatim yang kumpulan kami hubungi sudah mempunyai jadual yang penuh dan tidak dapat menerima kedatangan pada tarikh yang kami cadangkan. Akhir sekali, salah seorang daripada kami iaitu Fiza dapat mencari salah satu rumah anak yatim iaitu Rumah Kasih Harmoni. Selain itu, masalah yang dihadapi adalah seperti waktu yang tidak seragam disebabkan aktiviti-aktiviti luar ahli kumpulan. Dimana salah seorang daripada kami (Nabil) terpaksa membatalkan kelas memandunya bagi membolehkan kami melakukan aktiviti ini. Selain itu, bagi menjimatkan perbelanjaan peralatan ketika aktiviti, ahli kumpulan kami menggunakan bahan-bahan kitar semula yang dapat dikumpul. Masalah pengangkutan juga dapat diselesaikan oleh Nurfahmi dan Fiza.
FASA SEMASA
Pada hari kejadian, aktiviti yang dirancang dapat dilakukan dengan lancar dan kerjasama daripada pihak atasan Rumah Kasih Harmoni amat membantu dalam mengawal suasana. Kesulitan yang dihadapi oleh saya adalah kurangnya kawalan keatas kumpulan yang diserahkan kepada saya. Kebanyakan ahli kumpulan saya berumur bawah 12 dan masing masing tidak mendengar arahan yang diberi dan tidak mendengar cakap saya. Ini menunjukka kelemahan saya dalam membimbing dan mengawal keadaan. Akhir sekali, salah seorang dari ahli kumpulan datang membantu mengawal keadaan sehingga budak budak menurut kata. Aktiviti seterusnya dapat dijalankan dengan baik dimana setiap ahli fasi dapat mengawal dan menjaga ahli kumpulan masing masing. Antaranya, Syahir, Alya Ridhwan dan Ahnaf diminati oleh penghuni rumah tersebut dan dapat mengawal ahli kumpulannya. Selepas selesai program pada hari pertama, Syafrina (jurugambar) dan Faika (pengacara) banyak menegur salah silap ahli kumpulan dari pandangan pihak ketiga supaya dapat diperbaiki pada keesokan hari.
FASA SELEPAS
Selepas aktiviti ini dijalankan, banyak yang saya dapat pelajari daripada penglibatan saya dalam program Kasehku. Saya menyedari kelemahan saya dalam membaca dan mengawal keadaan sehingga menyebabkan perlunya ahli kumpulan lain untuk membantu. Selain itu, saya juga mendapat mengalaman baru menyertai aktiviti kemasyarakat seperti ini. Mengetahui prosedur prosedur untuk mengadakan aktiviti dan persediaan persediaan yang perlu dilakukan supaya aktivti berjalan lancar. Daripada interaksi saya dengan kanak kanak, saya mendapati kemahiran komunikasi saya masih perlu dilatih untuk memudahkan interaksi dengan orang lain. Program ini amat menarik terutama ketika aktiviti explorace dimana talatah kanak kanaka amat menghiburkan hati. Banyak helah yang mereka gunakan untuk mendapatkan jawapan daripada saya. Jika berpeluang, saya akan melibatkan diri dalam aktiviti yang sama.